Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah...

Assalamualaikum readers...
yes..Hari nie bermula lah awal muharram..Banyak kebaikan dan perkara2 sunat yang boleh kite buat bulan Muharram nie...Dan jugerk telah kite lakukan pown sebelum detik masuknya awal muaharram dengan membaca Doa Akhir Tahun ( masa beberapa minit sebelum masuk maghrib ) seterusnya Doa Awal Tahun ( masa selepas maghrib)
So, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Selamat Ulang tahun bagi sesape jugerk lahir pada awal Muharram...


Hmm...Yang kite tahu kan, banyak perkara sunat yang kite boleh buat dalam Bulan Muharram nie kan..So, aku nak share skit ape yang aku baca kat article yang aku jumpe...

Ni sepanjang Bulan Muharram

1)Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2 )Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3)Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4)Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Ni pada hari Asyura a.k.a 10 Muharram

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Kan...banyak kan...tapi..Pucuk pangkal diri sendiri nak buat atau tidak. Like me, sama juger...So, marilah kite saling ingat mengingati sesama sendiri. Sebab aku nie pown tak betol jadi aku tak rasa aku layak untuk bagi nasihat kat orang tapi boleh sekadar untuk mengingatkan...

Sekian dari aku..


(^_^) LIFE
naper aku tetibe wish besday bagi kat people yg lahir pada awal muharram..
sebab
TIME AKU LAHIR, JATUH PADA AWAL MUHARRAM..
p/s = in one year, aku celebrate 2 kali besday..one for calender biasa and the other follow on Islamic calender...


No comments: