Sunday, January 30, 2011

Al kisah Pokcik Drebar bus SnS

Assalamualaikum...

Drebar bus Sns..?? Ada apa dengan pokcik nie. Haaa....Aku tertarik dengan pokcik nie. Al kisah terjadi pada 27/1, bus SnS ke JB jam 3 ptg. Bermula lah perjalanan seorang anaknda yang duduk di seat no 7, pulang ke kampung halaman nya. Hujan yang rintik2 kemudian di susuli lebat pulok menjadikan diri ini kesejukkan ++ L A P A R ( even dah lunch pown before naek bus ). Aku tertarik dengan pokcik bus nie. Kenapa...kenapa...and kenapa...??

Baru saja bermula perjalanan aku sudah rasa mengantuk apatah lagi pokcik yang membawa bus nie kan. Pokcik nie pun bukak la siaran radio rock. Dung dang dung dang.. Aku yang kurang minat ( kurang ker ) arena musik rock pun memasaang headset dengar lagu2 paberet aku. Sedang dok layan lagu2 senti"mentel" aku nie, tetibe ada la satu budok pompuan kecik yang dok seat depan aku maen cak2 dengan aku. Comel der budok nie... Aku pun melayan jep la. Aku temgok dier dok ngan mak dier. Dan mesra dengan pokcik bus nie. Aku rasa bini pokcik bus nie.

Pastu, kreeeekkk...eeekkk.. ( ada tak bunyi bus break ?? )... Bus berhenti da... Sekali aku temgok luar takder pown bus stop. Krrroookkrookk ( perut aku lak bunyi ). Dok ler aku yang kepo nier mengintai pe jep yang buat pokcik nie berhenti. Ler uper2 nye aku nampak pondok jual apam balik derrrr.... Perrrghhh....ujan2 camnie mana buat orang laen tak tergugat derrr temgok apam balik nie... Sekali pokcik tu buka pintu dier yang meng-order apam balek tu. SEDIH wooo...!!! Aku yang lara ini mampu melihat dari belakang...uuwaaa....

Haa...sedang sedap2 aku temgok pokcik tu bukak plastik yang PENOH dengan apam balik, dier pun toleh belakang. Haish rasa2 cam nak bagi kat aku. Dush dush ( bunyi tumbuk kt seat ) sangkaan aku meleset. Ceyt, memang sah lah budak and mokcik kat depan tu anak bini dier. Pokcik tu bagi apam balik tu kat mereka lerrrr....Pokcik yang start balek the journey makan sambil drive. Aku tak rasa salah sebab aku rasa ini mungkin boleh buat dier ilang menamtok. Comel jep pokcik tu aku temgok. Sebab da la stereng bus tu besar ++ makan.

Hmm...perasan jep la aku nie kan... Aku pun amik bau jepla. Kenyang la jugak..ahaks.. Pastu, aku dok jep la menyendiri dengar lagu Secret by Republic. Sampai kat tol masuk Yong to the Peng , Yong Peng. Aku pown temgok sekali lagi pokcik tu buka plastik apam balik. Haaa.....ada chance nie (buewwkss..perasan lagi)... Huh..betol2 hampeh. Pokcik tu bagi kat minah tol laaa... Hahahahaha..aku memang perasan kan... Baek betol la Pokcik nie. Agaknye, kalu da sepoloh tol. Sepoloh2 dier benti kasi makanan. Hehehehe....

Itulah al kisah pokcik drebar bus SnS. Aku ingat nak share entry awal2 aritu. But then, terlupo plak. Bila aku start cite nie kat sis2 aku. Baru la aku teringat nak buat entry.. Huhuh..ok.. Tu jep lah. Semoga Pokcik nie, senantisa murah rezeki. Lepas nie kalu aku naek bus dier, mana tau rezeki aku pulok dapat makanan dari dier.. ( membawa seribu harapan la weyh..)



(^_^) LIFE
hidop nie kalu buat baik dekat orang mestilah kena ikhlas kan..
so for future mana tau bile kite susah ada orang tolong kite.
dan tak semestinya orang itu kite kenal..


Saturday, January 29, 2011

complete

Assalamualaikum...

Gegegegegegeeeeggg........
Hehehe....gegel kesejukkan katakan. Yerpla, dah baper hari dah hujan jep kan. Ramalan cakab kat johor mungkin hujan sampai hari Selasa. Air sungai kat Segamat da sama paras jalan. Aku balek umah Pontian nie, buat pertama kali aku rasa risau sangat nak tinggalkan umah sewa kat Segamat tu. Takot2 banjir. Apa2 pun, bersyukur jugak hujan kan. Sebab, kesian kat pokok2 nie dan sungai yang kering kan. Setiap perkara yang Allah kurniakan semuanya membawa kebaikan dan sebab Allah sayang kepada hamba-Nya.

Ok2, tu baru mukadimah. Hehehe...Back to our main topic which is C O M P L E T E. Haa...apa yang complete sangat tu kan. Sajep jep nak kabo kat kamo semua. Aku nie kan memang cukup suke heboh2 kan. Yang kat umah aku da complete ORANG2 nya...heheheh... Yeah...!!! Abah, Emak, Alom, Cek Aren, Haqq, aku dan Angah yang baru sampai pagi tadi. Itulah ke-complete-an nye....Bermula lah ribut taufan dalam umah nie. Di mana semua nya mengecohkan diri. Lagi2 bile si cencorot aka Haqq celik mata. Gamat la umah nie. Hehehehe....Ha..tu jep. Kan kan kan. Aku memang suke ngarut nengarut nie kan. Da...nak join sau ma nga ngah ( Angah ) kat hall lak. Nak gossip2-an...

Till then, doottttt....


(^_^) LIFE
seminggu nie pecah la umah
Pak Mokti dengan Mak Nora
weee


Thursday, January 27, 2011

bila dah nama uni student kan..

Assalamualaikum..
elloooppp...

Kenapa aku cakab bila dah nama universiti student..??
.......
Sebab
..............
Sebab
...................
Sebab
.......................
Kami pantang nampak cuti panjang...!!!


Camtulah ceritanya. Asal ada cuti panajng ker atau cuti bersambung ker kami akan meng-plan cuti2 ini untuk di isi dengan benda2 best. Paling best, first thing akan keluar BALEK UMAH WOOO...huhuhu...kan kan kan...Paling tak boleh bla tak kira la cuti raya apa pun, kami pun turut bercuti jugak...Malah, mengalahkan yang menyambut raya. Contoh yang aku nak bagi sekarang nie. Hehehehe..Aku lah. Aku dah sampai umah pun da...sempena cuti Chinese New Year ++ cuti mid sem. Orang cina pon tak balek cuti lagi aku da sebok balek. Heheeheheeh...Per ble buat, itulah student's life.


(^_^) LIFE
main point cerita aku kali ni
mood aku = HAPPY.....!!!!!!!



Monday, January 10, 2011

Pembuka 2011

Assalamualaikum

Haish...hasrat hati nak buat post untuk pembuka 2011 betol-betol 1/1/11..Tapi, tak kesampaian sebab macam-macam kena buat. Yerpla, semua pun nak naek sekolah dah kan. Yang aku da habis da cuti sem nye haaa... Pe2 pun, aku masih nak sambung entry kali nie sebagai pembuka 2011.

Macam biasa, setiap kali tahun baru mesti azam baru..Tapi untuk aku tidak semua azam baru. Ada azam yang belum aku capai. Makanya, kesinambungan azam yang lepas plus2 azam baru. Boleh kan.....huhuh

Pertama,
Kesinambungan azam yang lepas, aku sudah capai. Tapi capai jep tak boleh kan. Kena la maintain. Kasi itu gred jangan jatuh. Insya'allah, moga-moga aku lebih cekal dan berusaha lagi gigih kan. Doa-doakn jep la.

Kedua,
Kesinambungan lagi azam yang lepas. Haaa..kan aku da cakap. Aku bukan azam baru jep. Azam yang lepas-lepas pun kena la teliti dulu sebelum nak buat azam baru. Aku telah buat satu transformasi yang baru untuk diri aku. Ya, Insya'allah transformasi ini akan kekal selama-lamanya.

Ketiga,
Ini baru azam baru. Ya, kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesalahan. Yang aku nie. Aku akui yang aku nie tidaklah sesempurna mana. Banyak kelemahan ada dalam diri aku. Aku berazam supaya diri ini lebih mendekat pada diri-Nya. Yang lepas, tidak cukup hendaknya. Aku tahu, tiada yang lain untuk aku berserah selain diri-Nya

Keempat,
Ini penting jugak. Haaa....Aku berazam aku dapat kawal segala perbelanjaan diri ini dari benda-benda yang tak da faedahnya. Nak have fun boleh. But there are limitation that I must followed. Sejak dua menjak tiga memenjak ni kan, lagi-lagi bila aku start dapat PTPT puuuu plus2 duduk SEGAR amat nie kan. Aku hilang kawalan dari segi perbelanjaan. Makanya, haruslah aku berazam menjaga duet-duet ini dengan memberi sepenuhnya kepada emak.


Haaa....aku tau nie kira dah nak masuk bulan 2 da kan. But still nak tulis gak..Ada aku kesah...hehehe..Apa2 pun, empat2 azam nie aku Insya'allah dapat aku tunaikan...Aminnn..


Ok..till then..Wassalam


(^_^) LIFE
strong.happy.lovely
me