Monday, January 10, 2011

Pembuka 2011

Assalamualaikum

Haish...hasrat hati nak buat post untuk pembuka 2011 betol-betol 1/1/11..Tapi, tak kesampaian sebab macam-macam kena buat. Yerpla, semua pun nak naek sekolah dah kan. Yang aku da habis da cuti sem nye haaa... Pe2 pun, aku masih nak sambung entry kali nie sebagai pembuka 2011.

Macam biasa, setiap kali tahun baru mesti azam baru..Tapi untuk aku tidak semua azam baru. Ada azam yang belum aku capai. Makanya, kesinambungan azam yang lepas plus2 azam baru. Boleh kan.....huhuh

Pertama,
Kesinambungan azam yang lepas, aku sudah capai. Tapi capai jep tak boleh kan. Kena la maintain. Kasi itu gred jangan jatuh. Insya'allah, moga-moga aku lebih cekal dan berusaha lagi gigih kan. Doa-doakn jep la.

Kedua,
Kesinambungan lagi azam yang lepas. Haaa..kan aku da cakap. Aku bukan azam baru jep. Azam yang lepas-lepas pun kena la teliti dulu sebelum nak buat azam baru. Aku telah buat satu transformasi yang baru untuk diri aku. Ya, Insya'allah transformasi ini akan kekal selama-lamanya.

Ketiga,
Ini baru azam baru. Ya, kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesalahan. Yang aku nie. Aku akui yang aku nie tidaklah sesempurna mana. Banyak kelemahan ada dalam diri aku. Aku berazam supaya diri ini lebih mendekat pada diri-Nya. Yang lepas, tidak cukup hendaknya. Aku tahu, tiada yang lain untuk aku berserah selain diri-Nya

Keempat,
Ini penting jugak. Haaa....Aku berazam aku dapat kawal segala perbelanjaan diri ini dari benda-benda yang tak da faedahnya. Nak have fun boleh. But there are limitation that I must followed. Sejak dua menjak tiga memenjak ni kan, lagi-lagi bila aku start dapat PTPT puuuu plus2 duduk SEGAR amat nie kan. Aku hilang kawalan dari segi perbelanjaan. Makanya, haruslah aku berazam menjaga duet-duet ini dengan memberi sepenuhnya kepada emak.


Haaa....aku tau nie kira dah nak masuk bulan 2 da kan. But still nak tulis gak..Ada aku kesah...hehehe..Apa2 pun, empat2 azam nie aku Insya'allah dapat aku tunaikan...Aminnn..


Ok..till then..Wassalam


(^_^) LIFE
strong.happy.lovely
me


No comments: