Sunday, May 29, 2011

Kanak-kanak Part 2

Assalamualaikum..

Hye readers.. Semua sihat tak..? Tidak untuk aku yang masih selsema dan sakit tekak untuk beberapa hari ini.. Mana taknya.. musim kenduri kahwin telah bermula. Makanya, air disediakan pasti ber-ais. Huish..kena pulak sekarang ini musim panas. Tak kan lah aku tak nak jamah kan air tu..heheh..Then, Haziqah..you deserve it right now.

Okies, back to our main title of this entry. Last entry, aku ada mengarut sedikit banyak zaman kanak-kanak aku. Yang mana aku nak sambung balik apa yang aku janjikan dekat entry yang lepas. Apa dia kan..haa.. Aku nak sambung cerita tentang apa jep yang abah aku buat bila abah aku kena jaga post untuk menjawab segala panggilan kecemasan,

Abah..abah..Kamulah hero malaya aku. Abah aku bekerja sebagai Ahli Bomba. Yaaa...yang dok padam bangunan terbakar, tangkap ular, keluarkan mangsa yang tersepit tak kira sepit sebab apa dan bnayak lagi. Bukan itu sahaja, mesti ada jugak yang jaga post untuk menunggu panggilan kecemasan yang mana setiap ahli bomba bergilir ganti menjaga post ini.

Haa..tiba jugak giliran abah aku jaga post yang selalunya kena time aku habis waktu sekolah. Apa jep abah buat dekat dalam post tu.. Yang semestinya jawab panggilan kecemasan, lepas tu abah akan tulis segala report pada untuk shift abah kali tu. Tetapi, ada satu part yang ahli bomba ni hebat untuk tahu sama ada panggilan itu panggilan palsu atau tidak.

Nak dijadikan cerita.. Post itu dapat lihat pandangan depan yang mana ada telefon awam dekat depan tu. Dekat telefon awam tu, kira tempat pebret budak-budak lepas habis sekolah plus2 tunggu van untuk ambil mereka. Budak ni juga laaa jadikan hobi mereka untuk buat panggilan palsu...Ishk2...anak sapalah tu.. Aku yang duduk sebelah abah nie dok la tercengang kenapa Abah asyik senyum jep bila angkat telefon..Laa haa...rupa-rupa nya budak-budak nie yang main-main telefon... Abah memang dapat agak lagi sebelum nak angkat telefon itu. Tetapi, tanggungjawab sebagai ahli bomba perlu untuk menjawab segala panggilan walaupun ia adalah palsu. Berwibawa sungguh ahli-ahli bomba ini kan...

Sebenarnya, peristiwa dan pengalaman aku sepanjang di bomba tu banyak sangat. Tetapi, aku tau tak semua suka baca leret meleret ni kan. Entry ni, ntah di baca ntah tak unless kalau aku nie popular kan.. Mengarut pun orang nak baca pastu like-like..(daa..Haziqah, kalau tak popular tu terima jep la...bhaabhaabhaa).. Apa-apa pun aku sudah pun tunaikan janji aku untuk sambung semula last entry aku.

Dengan akhir kata, aku akhiri blog kali ini dengan selamat bercuti untuk semua budak-budak sekolah.. Happy Holidays..

Wassalam..



(^_^) LIFE
Beberapa hari yang lepas aku pergi interview kerja..
Kerja apa...aha ha..kerja gubahan and barang2 pengantin.
Yang mana aku kena gubah satu hantaran..
Dan HANCUS...!!
Dan jugak aku tak kesah..hahaha



Wednesday, May 25, 2011

Kanak-kanak Part 1

Assalamualaikum..

Hari ini, bertarikh 25 May, Budak-budak diploma UiTM sudah dapat result. Yang mana lebih bermakna untuk budak-budak akhir tahun. First at all, aku nak cakap a very congratulation to them. Especially budak part 6 UiTM Larkin. Kamu semua mesti result gempak and best-best. Apa-apa pun I wish a very best of luck for your next journey. I hope all of you will get the course that you ever wanted before. Make sure it is the best one...weee.....

Okies...back to our main title. Kenapa tiba-tiba tajuk aku kanak-kanak. Hmmm, sebabnya aku tetiba teringat zaman sekolah rendah aku. Dulu, aku bersekolah di SRK Tengku Mahmood Iskandar (2) yang terletak di belakang masjid and bomba (dan abah aku kerja bomba). Jadinya, setiap kali tamat waktu persekolahan aku terus ke Bomba tunggu abah abis kerja.

Sesampai di Bomba, aku akan tunggu abah di post Bomba. Selalunya abah akan kena jaga post (tempat menjawab segala panggilan kecemasan) ikut shift masing-masing la. Abah selalu amik waktu yang tamatnya hampir sama dengan waktu tamat persekolahan aku (cth: 10pg - 2ptg). Aku habis sekolah dalam pukul 1 tgh hari. Tung tang tung tang...uu..aa..uu..aa.. sampai Bomba dalam pukul 1.30 tgh hari.

By the time aku tunggu abah habis shift, aku pun jadi peronda tak bertauliah dekat situ. Haa...this part is the best one. Kenapa erk..? Sebabnya, inilah untungnya jadi anak Bomba dapat rasa lori-lori Bomba tu.. Aku pun dok gatai turun naik turun naik berangan bawak lori la, pastu konon-kononnya berlakon try and error pakai baju bomba yang besar gedabak tu ha...hehehe.. Ada sekali, tengah ,main punya main tetibe, siren berbunyi. Huish mau nyer tak gelabah anjing (ala gelabah yang selalu anjing gila dekat tepi jalan tu..) aku di buatnya. Nasib baik la bukan ada kebakaran, Just, ada ular masuk rumah jep. So tak guna lori besar tu la. Just guna van jep. Huish..that moment is the moment that I would never forget for the rest of my time.

Haa..next story is about apa jep kerja abah aku kat dalam post tu kan. This one would be for my next entry. Right now, I am totally exhausted because of the J Card day. The whole day, I am spending my time by accompany my Mak to shopping at there. Yeah..and it is worth it okies.. Sebab..sebab...mak belanja beli baju untuk saya dan cadar baru..hehehe..

Thanks mak..!!!

Till then..wassalam..


(^_^) LIFE
ni kelebihan anak Bomba,.
nak tau jugak anak Polis tunggu abahnya habis waktu kerja.



Wednesday, May 18, 2011

A day with cousin before entering U..

Assalamualaikum..

Aaa...ooo...eee... (okies, the truth is, aku memang dah tak tau nak mulakan entry macam mana lagi). Straight to the point here. Hari ini, aku dan angah had spend a day with my cousin which she will entering U by this Sunday. Kami bertiga berjalan di JJ Tebrau jep la yang kami mampu.

Apa jep yang kami buat. Hmm..since cik ateen cakap dia nak beli cadar, so bila kami sampai jep JJ tu, kami terus pergi TGV beli tiket dulu (uiks, macam salah cakap jep nie..). Haish, dah lari dari tujuan utama kan. Bukan, itu namanya strategi. Kita harus beli tiket untuk dapatkan position yang best yerp. Ha..then, baru ada senang itu hati itu mau buat hal yang lain. tung tang tung tang...uuu..aa..uu..aa.. dah habis beli cadar and other things, kami pom tengok movie cerita Priest.

Priest,hmm..first impression dekat movie nie ingatkan macam cerita ala-ala Constantine yang memang bunuh setan but taksub kat ke-agamaan (yang aku tak paham kenapa Malaysia boleh lepaskan cerita macam tu sedangkan cerita yang bukanlah XXXX sangat pun nak block). But then, it quite more better than Constantine. Tak la taksub dekat agama sangat. But, lebih dekat action ok (yang mana jugak aku asyik tutup muke dan melatah sebab terkejut). Pucuk pangkal nya nak cerita panjang pasal cerita ni, kamu tengok jep la sendiri nanti erk.

Lepas tu, as usual people. What else that I do wherever I out rollicking..?? Ah ha... makan la kan... Kali ni, kami memilih Johnny's Restaurant. Hmm.. Sungguh berbeza pilihan makanan kali ini. Lebih kepada on diet rasanya sebab before2 this, restaurant yang kami pilih mostly heavy food. Cakap banyak tak payah, aku kasi tengok gambar jep la ok.

We choose set Steambot C
This one is belong to Angah.
( if I was not mistaken, this is Nasi daging BBQ..)
Ini lah hasilnya bila semua rencah di masukkan.
My favourite, the sos. Superb..!!
And the end.....

Ha...dengan berakhirnya pinggan kosong maka berakhirlah perjalanan kami bertarikh 18 Mei.. Lepas ni, nak hang out lagi dengan cik ateen kena lah cari cuti umum sebab aku and angah cuti tak sama dengan dia since kami Degree and dia Diploma (sistem cuti sekarang sudah berbeza yang mana Degree and Diploma waktu belajarnya tidak sama lagi).

Ucapan khas untuk cik ateen, belajrlah sungguh-sungguh nanti yep. Kehidupan di Universiti totally not same when you are in school. It is getting harder and harder. Your social life also should be watch out since there is no parents that could watch over you. Overall, you must be strong and independent person. Don't give up in any things you do. We always here for you..okies...



(^_^) LIFE
Terasa sedih sebab arwah Ajun tak sempat nak raikan anaknya masuk U
hmm...sesungguhnya Allah sayang dekat Ajun.
al-Fatihah..

Monday, May 16, 2011

asik tukar jep..

Assalamualaikum..

Haish...Tak der motif pun entry kali nie. Motif nye aku asik tukar layout blog jep. Last entry da cakab semangat ke-Johorean menebal dekat hati ni. Punyalah siap buat warna bendera Johor dalam layout blog aku kan. Tapi bila lama-lama tengok layout tu, aku pulak yang sakit mata (cakab orang lebih. Padahal, aku sendiri yang annoy..huish..). Haaa..at last ni jep la aku tukar. Terus putih suci aku bagi. Malas dah nak pikir nak letak warna apa..

Itu jep.. Terukan kan. Pasal nie pun nak di jadikan entry. (nampak sangat nak penuhkan posting..huh..hampeh). Ah..suke suki saki aku la. Kann...hehehe...



(^_^) LIFE
supposedly hari ini pergi berjimba jimbun dengan cousin
but since Angah saya kaki nya sakit
di hempap drawer
CAMCEL SEMUANYA..!!

Saturday, May 14, 2011

Ompat Bolan..!!

Assalamualaikum..

Haluu..haluu wahai warga pembaca blog. Mula-mula aku nak cakab yang aku sudah pun berada di rumah untuk menikmati cuti semester break selama 4 bulan. Ya kawan-kawan.. 4 bulan.. Huish..seronok bunyinya kan sebab sepanjang 4 bulan ni banyak benda yang aku dapat luang masa bersama keluarga ku yang terindah. Antaranya, menyambut birthday aku (perlu mention yerp...), puasa dan hari raya.

Empat bulan..hmm...empat bulan itu jugak aku aku nak kerja selama 3 bulan (itu kalau dapat lepas) dan 1 bulan lagi aku nak rehat di rumah serta menghabiskan duit gaji.. (pastu bila naik cuti semester break, ternganga takdok duit...).

Ok..tapi kan motif aku nak buat entry kali ni sebenarnya nak kamu kamu semua perasan tak yang aku dah tukar background blog aku. Kalau kamu kamu semua perasan lah kan, warna blog aku nie da tak lambang apa-apa..? Haaa...meh aku tunjuk skit..

Haaa....ada sama tak..? Entah kenapa tetibe semangat ke-Johorean aku menebal di lubuk sanubari ku ini (pergghh ayat...tangkap ngade-ngade), terus aku buat decision nak buat layout
nie..heheh...Argh..tak kira la kalau orang rasa annoy ke, saket mata ker, "ada aku kesah" (style Jambu maharaja lawak).. Pe2 pun.. aku saja nak tukar layout ni sebab aku dah gila sangat kot.

Till then,
Wassalam..


(^_^) LIFE
Currently, i'm planning something for my semester break
H*** yeah, semester break dude..

Wednesday, May 4, 2011

E M A K


Assalamualaikum..

Apa khabar semua...semua..semua... Yes, final paper aku untuk semester ini tak habis lagi dan aku tau yang diploma's students and others U da habis paper. But not me. Arrghh...yang lebih sedih lagi, paper last aku adalah paper tutup pagar aka paper last untuk semua course yang ada. GILER BEST...!!!

Tapi, itu semua tak penting. Sebab mari kita berbalik pada tajuk entry aku kali ni. Di kesempatan masa yang aku ada ini, aku nak update entry untuk hari Ahad ini. Banyak panggilan untuk seseorang yang begitu istimewa ini. Mom, Bonda, Mummy, Ibu dan untuk aku, aku pnaggil EMAK. Aku ttak pandai nak karang ayat-ayat power dan syahdu untuk ucapkan hari Emak ini. Oleh itu, aku nak cakap macam ni...kat PUAN NOROL AINI BT AHMAD


you are
Thats all... Tapi, apa yang aku nak cakap tapi tak bole describe in words is AKU SAYANG SANGA SANGAT KAT EMAK DAN SAYANG ITU ALLAH SAHAJA YANG TAHU. Dan aku tahu yang lain pun begitu jua..

p/s -
Nurul Hayaty, awak jugak emak kan... Selamat Hari Emak..!!



(^_^) LIFE
Aku nak cakap jugak Selamat Hari Emak untuk Emak2 di dunia ini.