Thursday, June 30, 2011

Yeah, I am proud being one of Md Mohpty family member

video

Wednesday, June 29, 2011

OMG...OMG...is that TMJ (season 2)

Assalamualaikum........

Wah..wah,...wah...ber-season2 pulak aku nie. Macam banyak sangat update entry kan. Alahai, ni kesinambungan entry yang lepas jep. Mesti ada yang dah start jealous yang aku dapat jumpa TMJ face to face kan.. Bhahahabhaaa...

Last entry aku cakap da something yang buatkan aku say OMGeee buat kali kedua kan. Pa diaaa ceek naa,,,??

Huh macam nie cite nye...Lepas kelam kelibut layang customer keluar masuk kedai, tetiba ada satu lelaki ganteng aka handsome masuk Select (kedai runcit Shell). Sumpah aku tak tipu. Sekali imbas, muka dia saling tak tumpah macam muka TMJ masa masuk army dulu. Aku ingat TMJ, dup dap dup dap jantung aku di buat-nya. Sekali it is just one of the TMJ bodyguard jep la....

Dia beli Chipster 2 and nes tin 2 (pergh...siap ingat lagi la seyh...gila stalker..). Masa dia da dekat depan aku (nak bayar la kan, tak kan nak jumpa aku..bhahaaabhaaa), gila aku rasa nervous, yang mana aku masih lagi nervous kalau ramai sangat nak isi minyak sebab tak xpert lagi dlm bidang cashier.

Nervous ni bertambah lagi bila aku nak scan air tin ni. Hmmmm...banyak kali aku scan air tin ni, tapi tetap tak dapat masuk sistem (sebab air yang baru keluar dari peti ais kan sejuk, so payah la skit nak detect). Huh, tipu la kan kalau dah mamat handsome depan mata kita boleh tak terasa nerbes yang amat kan.

Agak lama jugak la dia tunggu. Huh lepas tu, boleh lak dia melawak dekat aku. “Alahai, ni sebab basah kannn. Sebab tu susah nak scan.” Sebaik dia ingat macam tu bukan ingat sebab aku yang tengah gugup jantung aku ni tengok kau yang macho tu.

Aku mampu tersenyum sipu jep dekat dia (ek eh, malu2 miang keladi gitu). Huish..tu baru jumpa bodyguard yang TMJ, macam manalah kalau TMJ sendiri kan..BHahahabhaaa..


(^_^) LIFE

ishk, entry aku kali nie macam miang yang amat kan..

huish, terserlah lah kegatalan aku...

=P

Wednesday, June 22, 2011

OMG...OMG...is that TMJ..?

Assalamualaikum....

Hye readers... Hows your day..? Must be fantastic than yesterday.. Same goes to me. Hari ini, hari off aku. So plan-nya nak duduk rumah tadak tidur jep. But then, abah ajak balik kampung ambil buah langsat. Huish, sampai-sampai jep, tak dapat ambil pun. Sebab-nya baru lepas hujan yang menyebab-kan pokok licin dan berbahaya untuk di panjat.

Alahai, meh berbalik semula dekat tajuk entry aku kali ni. Aku ni asyik melalut jep dulu kan. Hehehehe... Ok.. TMJ = Tengku Mahkota Johor. As for readers information, Kembara Mahkota Johor (KMJ) was started on 20th June. And the first destination they go is Pontian. Hehehe... On that day, aku kena shift petang. So, masa aku on the way pergi kerja tu tersempak lah KMJ. Gila panjang dan kalau tak salah aku panjang KMJ kali ini sepanjang 3 km. Huish... panjang panjang panjang..

Ok..apa kaitan yang aku OMGeee sangat tu kan... Heheheh..actually, malam tu.. One of KMJ's cars singgah isi minyak dekat Shell. Masa tu dalam pukul 8.30mlm ++. As usual, on that time it is peak time at Shell. Sebab-nya masa2 tu la orang datang isi minyak. Dok aku terima duit dari orang untuk isi minyak..tup tup da kereta Land Rover park nak isi minyak dekat island 1 & 2 ( island tu = pam minyak no 1 & 2). Guess what, no plat dekat kereta Land Rover tu adalah TMJ. Perrghh..dalam gawat ramai2 orang nak isi minyak, aku ble ternga-nga kejap.

Im guessing that, there is no TMJ or his sibling in the cars. Yepla, mana boleh buat TMJ tertunggu untuk isi minyak. Their driver mesti da isi before start the journey kan. But that assumption boleh disangkal jugak. Sebabnya, kenapa ada pak polisi guarding dekat jalan keluar masuk Shell ni kan. Lepas tu siap ada kereta2 yang guard around TMJ car. Tak kan lah mereka-meraka ni nak jaga bodyguard and driver TMJ kan.

Okies..what make me say like this again..OMGeeee..OMGeee...is that TMJ..? and again..

guess what

........

.......

.....



Ok..to be cont on my next entry..
Hahahahah


(^_^) LIFE
alahai, aku dah penat sebenar-nya nak taip2 ni
tu pasal tu be cont..heheheh
till then..
Wassalam


Monday, June 20, 2011

koya jep lebih..

Assalamualaikum..

Wuah..its been almost 2 weeks that I worked at Shell as cashier and ++ (means bukan as cashier jep, tapi kerja stor dan luar pun kena buat..kira multifunction la.) So far, ok kerja dekat situ. Kalau cerita penat, tipulah kalau tak penat. Alahai..kerja apa jep yang tak penat kan.

Hmm..apa kena dengan tajuk entry aku kali ini kan. K O Y A atau maksud lain belagak jep lebih.. (dan kalau lebih geram aku bagi ini terus FCUK). Okies..let me story moly ok.. Like this, before aku kerja di Shell, aku ada mohon dekat satu kedai buat barang pengantin. Reason aku mohon dekat sini firstly sebab aku tengok kerja kahwin banyak gila di mana memang akan memerlukan pekerja yang ramai. Secondly, sebab aku ada experience buat gubahan ini since masa Alom aku tunang and kahwin semua gubahan aku yang buat (ceyh2 nak promote la nia...bahabhaabahaa).

Then, bermula sesi interview. Aku di interview yang first impression aku tengok style cakap and koya dia tu macam Big Boss dekat situ. Dan juga like she knows everything (means gubahan bagai tu dia sudah expert gitu). Okies, dia suruh aku buat satu gubahan dekat situ ikut idea aku. Haaa, this one memang terserlah KOYA dia tu.

Masa aku sudah gunting ribbon and kain jarang untuk balut polystren, tetiba dia suruh aku guna yang polystren lebih besar dan gunting kain satin. Ok fine, aku terima lagi. (tadi awal-awal cakap suruh buat ikut suka aku..pergh cakap putar belit betul). Ok..bila dah gunting aku pun balut la kain satin dekat polystren tu. Style aku la kan. And she interrupted me again. "Macam tu ke cara balut kain satin tu..?" Deeehhhh....

Kenapa aku tak nak dengar dia cakap. Sebab masa aku tengah gunting2 kain, dengan mata kepala aku sendiri aku nampak and dengar dia tanya dengan expertise dekat situ macam mana nak balut polystren tu (memang bulls*** la..) Kau memang dapat ni.. FCUK..

Haa..once again, memang aku rasa dia ni memang nak dapat FCUK aku banyak kali la. Masa aku sudah habis balut kain satin yang ya memang aku admit tak la sesempurna expertise buat, tetiba ada satu amoi ni cakap dekat Si Koya ni suruh aku berhenti buat. Then, baru lah amoi ni ada style yang betul untuk interview and the most important things is she always smile at me no matter what my gubahan is look alike. Deeehhhh... rupa-rupanya amoi ni yang the owner of the store.. Molek jep amoi ni bual deangan aku. Kalau Si Koya tu, hidng tinggi jep lebih.

Haaa...macam-macam ragam betul manusia ni kan. Alaaaa, aku akui yang aku pun tak la sebaik umat yang amat pun. Cuma, deeyyyyy Si Koya ooiii, tengok cermin dulu la before nak judge orang ni. Haa...lepas jugak aku nak cerita kat entry aku ni. Bhhaaaabhaaa..

Now, I'm satisfied worked at Shell even it was soooooooo tired. But it's good for me because AKU DAH GEMOK la weyyyy..

Okies, I ends my entry right now.
Till then, wasslam...


(^_^) LIFE
would like to watch out my diet
wish sooo..


Tuesday, June 7, 2011

Cartoon yang bernasib malang..

Assalamualaikum..

Hye readers.. So far..hows your day..? Must be fun than yesterday. Hmm.. Begitu juga aku. Hari ini, officially aku akan mulakan kerja setelah sebulan duduk di rumah. Yeah.. supposedly aku kerja di Jb tempat kawan mak aku. But then, suddenly mak tak kasi sebab ulang alik Jb - Pontian is very tiring. Sebab mak aku da kerja di JB sudah 10 tahun di mana selama itulah mak aku berulang-alik Pontian - JB. Yang kerja di Pontian ni pun tempat kawan mak aku juga. SO, menggunakan kuasa beto yg ada, terus dapat masuk kerja..ngeee...

Okies, back to our main title of this entry. Hehehe. Aku nie nama jep da 21 tahun, but still watching cartoon movie. Apa yang aku dapat analisis kan, kesian la hai certain watak dalam cartoon ni. Asyik bernasib malang jep. Hehehe.. Contohnya..

Tom and Jerry

Dalam cerita ini, Tom akan berusaha untuk mendapatkan Jerry. Dan setiap kali itu juga la Tom tak akan berhasil. Jerry ni suka sangat sakat Tom. Haish. Ada satu episode tu yang mana Tom sudah bosan nak kejar Jerry. So, dia pun tak layan Jerry langsung pun. Jerry pun naik heran dan bosan juga sebab tak dapat main kejar-kejar dengan Tom. Macam-macam Jerry buat untuk tarik perhatian Tom. But then, he still have no interested on Jerry. Heheh.. Ha.. sayang juga Jerry dekat Tom..


Secoond cartoon is..Road Runner vs Coyote

Ha..ini pun cartoon yang malang juga. Malangnya jatuh dekat Coyote tu. Hehehe. Coyote ni, selalu ada aja idea untuk perangkap Road Runner (RR). Tengoklah dalam picture ni. Walau bernas macam mana pun idea Coyote untuk tangkap RR, tetapi nasib tetap tak menyebelahi Coyote. Contoh..ada satu episode tu di mana RR berada di hujung kaki bukit yang tajam. Dan Coyote yang diri di safe side telah merekahkan kaki bukit itu untuk jatuhkan RR. Kalau logiknya mestilah RR akan jatuh. But, nasib malang si Coyote ni, dia yang jatuh (dasar pedengki punya kartunis)


Haish..Actually, ada banyak lagi cartoon-cartoon yang bernasib malang macam Coyote and Tom ni. Tapi aku jep yang malas nak search picture-picture nya. heehehe. Apa-apa pun, memang kelakar kalau tengok cartoon ini. Mengarut macam mana pun, layan jugak. Jangan main-main, abah aku pun melayan juga (Sebab anak-anak dia yang control remote tv sebenarnya..hahaha).

Ok lah. Itu jep aku nak mengarut dengan apa yang aku terpikir untuk jadikan sebgai entry kali ini. And tau dah and tak kesah ada ke atau tidak yang nak baca entry ni. Yerpla blog yang tak popular katakan (ceyt, ayat touching ni..bhaaabhaa).

Wasslam..


(^_^) LIFE
harap-harap hari ini aku dapat bekerja dengan smoothly
tak da yang nak buli-buli..




Wednesday, June 1, 2011

Cecuti dengan angah


Assalamualaikum..

Hello Jun..haa..Hari ini sudah pun masuk bulan Jun dan aku masih menganggur di rumah menjadi bibik bertauliah di sini. Ishk2.. Dan juga sudah hampir dua minggu budak-budak diploma masuk belajar terutama sepupu aku Cek Ateen. Cik Ateen baru mulakan hidupnya sebagai pelajar Universiti. Last 2 weeks, aku dan angah aku ikut Cek Ateen daftar masuk U. Dia dapat UiTM Lendu, Melaka..Course nya adalah Tourism (wuah, asyik travel jepla Cek Ateen aku tu nanti). Selain aku dan angah, ibu serta sedara-mara Cik Ateen pun ada. Oleh itu, aku dan angah buat decision bawak gajah putih (kereta saga putih kami) jep la..tak naik sama-sama dengan mereka.

Ha..Aku pulak dapat tahu yang Cecep (Amalina, ex-classmate aku masa aku dekat UiTM Larkin) buat intersesi dan ada di rumah sewanya. Apa lagi, aku pun meng-plan kan diri ini kira sambil nyelam minum air la ni. hehehe.. Maksudnya, aku dan angah tumpang tidur rumah Cecep yang mana kami ber-enjoy la nanti. Heheh..

Macam ini ceritanya. Kami bertolak ke Melaka sabtu pagi dan sampai pada tengah hari. Aku juga ada sedara mara di sana. Jadinya, sesampai di sana, pergi melawat sedara mara dulu. Dalam pukul 9 malam pula, aku dan angah barulah ke rumah Cecep. Ha.. malam tu yang seronok. Tu yang baru kena dengan title entry kali ni. Cecuti dengan angah.

Malam tu, aku, angah, Cecep dan Yana telah menghiburkan hati kami dengan tengok cerita Pirate of Caribbean : On Stranger Tides. Kami ambil midnight movie iaitu tiket pukul 12.30 mlm. Since cerita tu baru 2hari ditayangkan, so kami dapat seat yang ok-ok jep la (but still grateful sebab tak la dongak sangat nak tengok. Thanks to Cecep sebab belikan tiket dulu).

Kalau nak dikatakan Melaka ni, aku da banyak kali jejak sebab lawat sedara dekat sini. Tapi jarang jalan-jalan. So, since movie start lama lagi kami pun pergilah Jonker Walk. Aku dah pernah pergi sini tapi angah belom. Jadi bawaklah angah pergi sini. Angah suka sangat tangkap gambar. So gambar-gambar yang aku nak tunjukkan ni ada jugak hasil dari angah.

pentas opera cina di tengah-tengah Jonker Walk
From left - Yana and Cecep
At there, Angah was so curios..
Ramainya makhluk dekat sini.
(p/s - bau pun memacam weyhhh)

Dah habis satu Jonker Walk tu kami meronda kami pun pulang. Haa..this one is funny. Masa kami hampir sampai ke kereta, aku pun tekan la button unlock kereta. At that time, ada orang putih (perempuan tau..) berjalan di sisi kereta aku. Dia punya terkejut tu, macam apa. Kira macam mat salleh melatah.hahahah. Terus dia datang dekat kami . Cakap "oh..heeehaa.. I though it was a bom that just want to explode.". Aku - "no-no, it was our car. Sorry, because make you..bhabhaaha.." . Tak sempat nak habiskan ayat, masing-masing ketawa including her. Kelakar jep bila orang putih terkejut dan macam melatah gitu. Bhaabhaabhaa...

Then, lepas drama scene kat Jonker Walk berakhir kami bergerak ke GSC Jusco Melaka..yang baru open tu...hehehe. Hmm.. aku ni kira dah mengantuk sangat-sangat. Mana taknya, drive dari pagi sampai tengah malam. Sebab esok giliran angah yang drive pulak. Hehehe.. Masuk-masuk movie jep, aku rasa sejuk yang sedap untuk tidur. Tapi, disebabkan cerita POC ni action movie plus-plus kelakar. Hilanglah ngantuk aku ni. Overall, cerita best sebab kita da ikuti POC awal-awal lagi. . Jadinya kenal la character kat dalam cerita tu.

Hmm..aku nak cont cerita aku pergi reg Cek Ateen lak. Tapi, da malas tahap gaban da ni untuk taip-taip. Next entry jep la aku cont eerk (eleh Haziqah..ada ker orang nak baca blog awak ni..beriya-iya jep..llalalalala).

Till then,
Wassalam


(^_^) LIFE
hari ini babysitter Haqq takder
aku kena jaga Haqq for the whole day
dan semua kerja dalam rumah aku tak dapat buat
sebab layan karenah Haqq sorang jep
Haqq..Haqq..