Wednesday, June 1, 2011

Cecuti dengan angah


Assalamualaikum..

Hello Jun..haa..Hari ini sudah pun masuk bulan Jun dan aku masih menganggur di rumah menjadi bibik bertauliah di sini. Ishk2.. Dan juga sudah hampir dua minggu budak-budak diploma masuk belajar terutama sepupu aku Cek Ateen. Cik Ateen baru mulakan hidupnya sebagai pelajar Universiti. Last 2 weeks, aku dan angah aku ikut Cek Ateen daftar masuk U. Dia dapat UiTM Lendu, Melaka..Course nya adalah Tourism (wuah, asyik travel jepla Cek Ateen aku tu nanti). Selain aku dan angah, ibu serta sedara-mara Cik Ateen pun ada. Oleh itu, aku dan angah buat decision bawak gajah putih (kereta saga putih kami) jep la..tak naik sama-sama dengan mereka.

Ha..Aku pulak dapat tahu yang Cecep (Amalina, ex-classmate aku masa aku dekat UiTM Larkin) buat intersesi dan ada di rumah sewanya. Apa lagi, aku pun meng-plan kan diri ini kira sambil nyelam minum air la ni. hehehe.. Maksudnya, aku dan angah tumpang tidur rumah Cecep yang mana kami ber-enjoy la nanti. Heheh..

Macam ini ceritanya. Kami bertolak ke Melaka sabtu pagi dan sampai pada tengah hari. Aku juga ada sedara mara di sana. Jadinya, sesampai di sana, pergi melawat sedara mara dulu. Dalam pukul 9 malam pula, aku dan angah barulah ke rumah Cecep. Ha.. malam tu yang seronok. Tu yang baru kena dengan title entry kali ni. Cecuti dengan angah.

Malam tu, aku, angah, Cecep dan Yana telah menghiburkan hati kami dengan tengok cerita Pirate of Caribbean : On Stranger Tides. Kami ambil midnight movie iaitu tiket pukul 12.30 mlm. Since cerita tu baru 2hari ditayangkan, so kami dapat seat yang ok-ok jep la (but still grateful sebab tak la dongak sangat nak tengok. Thanks to Cecep sebab belikan tiket dulu).

Kalau nak dikatakan Melaka ni, aku da banyak kali jejak sebab lawat sedara dekat sini. Tapi jarang jalan-jalan. So, since movie start lama lagi kami pun pergilah Jonker Walk. Aku dah pernah pergi sini tapi angah belom. Jadi bawaklah angah pergi sini. Angah suka sangat tangkap gambar. So gambar-gambar yang aku nak tunjukkan ni ada jugak hasil dari angah.

pentas opera cina di tengah-tengah Jonker Walk
From left - Yana and Cecep
At there, Angah was so curios..
Ramainya makhluk dekat sini.
(p/s - bau pun memacam weyhhh)

Dah habis satu Jonker Walk tu kami meronda kami pun pulang. Haa..this one is funny. Masa kami hampir sampai ke kereta, aku pun tekan la button unlock kereta. At that time, ada orang putih (perempuan tau..) berjalan di sisi kereta aku. Dia punya terkejut tu, macam apa. Kira macam mat salleh melatah.hahahah. Terus dia datang dekat kami . Cakap "oh..heeehaa.. I though it was a bom that just want to explode.". Aku - "no-no, it was our car. Sorry, because make you..bhabhaaha.." . Tak sempat nak habiskan ayat, masing-masing ketawa including her. Kelakar jep bila orang putih terkejut dan macam melatah gitu. Bhaabhaabhaa...

Then, lepas drama scene kat Jonker Walk berakhir kami bergerak ke GSC Jusco Melaka..yang baru open tu...hehehe. Hmm.. aku ni kira dah mengantuk sangat-sangat. Mana taknya, drive dari pagi sampai tengah malam. Sebab esok giliran angah yang drive pulak. Hehehe.. Masuk-masuk movie jep, aku rasa sejuk yang sedap untuk tidur. Tapi, disebabkan cerita POC ni action movie plus-plus kelakar. Hilanglah ngantuk aku ni. Overall, cerita best sebab kita da ikuti POC awal-awal lagi. . Jadinya kenal la character kat dalam cerita tu.

Hmm..aku nak cont cerita aku pergi reg Cek Ateen lak. Tapi, da malas tahap gaban da ni untuk taip-taip. Next entry jep la aku cont eerk (eleh Haziqah..ada ker orang nak baca blog awak ni..beriya-iya jep..llalalalala).

Till then,
Wassalam


(^_^) LIFE
hari ini babysitter Haqq takder
aku kena jaga Haqq for the whole day
dan semua kerja dalam rumah aku tak dapat buat
sebab layan karenah Haqq sorang jep
Haqq..Haqq..



No comments: